Ada kenalan anda yang layak ke universiti tetapi tidak mampu untuk membiayai kosnya? SkolaFund mungkin dapat membantu mereka.
Apakah itu SkolaFund?
SkolaFund adalah platform online yang menjana dana untuk pelajar-pelajar universiti yang kurang kemampuan untuk membiayai yuran universiti melalui konsep pembiayaan secara beramai-ramai atau lebih dikenali sebagai ‘crowdfunding’.
Bagaimana SkolaFund berfungsi?
- Pelajar menghantar permohonan untuk menubuhkan kempen bagi mengumpul dana untuk yuran universiti dan juga kos-kos lain seperti perbelanjaan buku teks
- SkolaFund akan membuat semakan dan mengesahkan permohonan kempen pelajar-pelajar tersebut
- Individu yang berminat dan sesiapa sahaja boleh menyumbang apa-apa amaun untuk membantu pelajar tersebut.
- SkolaFund mengehadkan pengumpulan dana setiap kempen untuk selama 30 hari. Jika kempen tersebut berjaya, cek akan disalurkan kepada pihak universiti untuk bayaran yuran dan jika terdapat baki, maka mereka akan salurkannya kepada pelajar berkenaan. Jika kempen tersebut gagal, sumbangan tersebut akan dibayar balik kepada penaja yang telah membuat sumbangan.
Bagaimana anda boleh menghulurkan bantuan?
Anda boleh menjadi penaja untuk menyumbangkan dana kepada kempen yang anda minati tanpa sebarang amaun minima yang ditetapkan. SkolaFund juga mempunyai fasiliti bagi penaja-penaja yang berminat untuk melancarkan biasiswa masing-masing.
Jika anda adalah salah seorang pelajar universiti yang ingin memohon untuk bantuan, anda boleh klik di sini untuk memulakan kempen anda.
Untuk informasi selanjutnya, anda boleh berkunjung ke: http://skolafund.com/home
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Saya ingin bertanya adakah ini saluran yg betul utk saya memohon sedikit bantuan bg melancarkan proses menamatkan pengajian saya di medan indonesia dalam bidang syariah,memandangkan saya tidak lah menerima mana2 biasiswa,tajaan serta pinjaman.
Sekian terima kasih.
(0196135660)
suatu trobosan yang bagus, semoga menjadi amal jariyah bagi yang menyumbangkan sebagian rizkinya. Amin.
If you would like to increase үour кnow-how օnly keep visiting thiѕ web ρage and be updated with the hottest
іnformation posted here.